Simpan Artikel
MyMetroArena
Attirmidzie Rahman
sukanteam@nstp.com.my
KELANTAN masih buntu meraih
kemenangan di laman sendiri apabila dibelasah Negeri Sembilan, 5-2 pada aksi
Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, malam ini.
Skuad Hoben Jang Hoben berjaya
mencipta jaringan pendahuluan menerusi Ferris Danial yang bertindak
memperdayakan pemain pertahanan Kelantan dengan melakukan sepakan deras di
sebelah penjuru kiri gawang gol menewaskan penjaga gol tuan rumah, Damien Lim.
Pada minit ke-15 sepakan percuma
penyerang import dari Afghanistan, Mustafa Zazai dari luar kotak penalti
menerjah rendah di sudut kiri gawang lawan bagi menghasilkan gol penyamaan tuan
rumah.
Ferris Danial sekali lagi
menambah koleksi jaringan peribadinya apabila meledak gol kedua pada minit
ke-43 selepas mudah merembat masuk bola di kawasan kotak penalti pasukan The
Red Warriors (TRW).
Babak kedua perlawanan Ferris
Danial melengkapkan jaringan hatrik minit ke-50 hasil hantaran lintang yang
disudahkan rembatan leret ke jaring gol.
Selang empat minit, Jose Neto
sekali lagi menghukum kealpaan barisan pertahanan TRW apabila menjaringkan gol
keempat menerusi rembatan deras dalam kawasan penalti.
Pada minit ke-56, Mohammad
Ridzuan Abdunloh yang bertindak membuat larian solo melakukan rembatan deras
menewaskan Damien Lim kali kelima.
TRW mendapat satu lagi gol
saguhati pada minit ke-90 menerusi pemain gantian Mohamad Hakimi Abdullah yang
melakukan sepakan leret hasil larian solo.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 20 April 2019 @ 11:33 PM
Tiada ulasan :
Catat Ulasan