Simpan Artikel
MyMetroNode
Kota Bharu:
Pemain Kelantan mengotakan janji untuk menumpaskan pasukan jiran, T-Team 2-0
pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam tadi.
Gol pertama
tuan rumah dijaringkan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi pada minit ke-65
menerusi tandukan yang menewaskan penjaga gol pelawat Wan Muhd Azrie Wan Teh.
Sebaik babak
separuh masa pertama bermula, Kelantan terus mengatur strategi menyerang namun
keampuhan benteng T-Team menidakkan beberapa percubaan berbahaya.
Walaupun
kehilangan empat tonggak utama, pemain Kelantan berjaya mempamerkan aksi
cemerlang di depan kira-kira 10,000 penyokong setia mereka.
Malah,
ketiadaan Indra Putra sebagai perancang utama kerana penggantungan akibat kad
kuning juga sedikit merencatkan rentak permainan Kelantan.
Tuan rumah
hampir menjaringkan gol pada minit ke-5 dan ke-7 menerusi percubaan Wan Zack
Haikal tetapi sepakannya terus ke dakapan Wan Muhd Azrie.
Percaturan
Velizar Popov memasukkan Abdul Manaf Mamat juga gagal memberi impak terhadap
jentera serangan Kelantan apabila sering dirantai pergerakannya oleh pemain
T-Team.
Sekalipun
semput kerana kepenatan, jentera serangan Kelantan diketuai Wander Luiz, Wan
Zack Haikal dan Abdul Manaf dengan dibantu Brendan Gan tetap bernafsu memburu
gol.
Bersambung
separuh masa kedua, anak buah Rachmat Darmawan mula mengatur asakan ke kubu
Kelantan tetapi pemain muda Mohammad Faris Shah bertindak cemerlang mematahkan
beberapa percubaan berbahaya.
Kesungguhan
anak buah Popov memburu gol pertama akhirnya berbaloi apabila kapten Kelantan
Mohd Badhri Radzi menghadiahkan gol pertama tuan rumah pada minit ke-65 sebaik
mendapat umpanan cantik Mohamad Qayyum.
Tersentak
dengan jaringan pertama Kelantan, pasukan bergelar The Titans itu berusaha
menggandakan serangan ke gawang tuan rumah namun sepakan jentera serangan
mereka sering tersasar.
Kemasukan
penyerang import Kelantan Blazhe Ilijoski menggantikan Abdul Manaf dilihat
berjaya menghidupkan barisan depan hingga memaksa pemain T Team ‘berkampung’ di
gawang mereka.
Rangkaian
Ilijoski dan Luiz ternyata memberi kesukaran benteng pertahanan T Team diketuai
Maiga Abdoul Youssouf untuk mengekang pergerakan kedua pemain itu tetapi
jaringan Luiz pada minit ke-90 mengesahkan tiga mata buat tuan rumah.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2016 @ 10:05 AM
Tiada ulasan :
Catat Ulasan