Simpan Artikel
MyMetroArena
BERNAMA
KETUA Jurulatih Kelantan, Yusri
Che Lah mengakui pemain ‘The Red Warriors’ (TRW) masih belum cergas sepenuhnya,
untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) khususnya Liga Perdana musim
depan.
Yusri berkata perkara itu dikesan
menerusi perlawanan persahabatan pertama menentang Terengganu Jumaat lepas,
walaupun pemainnya sudah menjalani latihan selama enam minggu.
"Kebanyakan pemain belum
cergas dan perkara ini memberi kegusaran kepada saya untuk melakukan persiapan
lain, bagi membentuk satu pasukan yang jitu, dalam saingan liga musim hadapan.
"Walaupun masih tinggal dua
bulan lagi untuk melakukan persiapan, namun aspek kecergasan amat penting untuk
dititikberatkan oleh mana-mana pasukan, bagi menilai kemampuan pemain yang
dimiliki," katanya hari ini.
Beliau berkata dalam baki masa
yang ada sebelum sepak mula bermula Februari, pemain perlu mengatasi perkara
itu dengan mencari inisiatif sendiri, selain latihan yang dilakukan bersama
pasukan.
"Kecergasan ini penting,
kerana walaupun pasukan mempunyai pemain yang bagus namun jika tahap kecergasan
tidak memuaskan, ia akan memberi kesan yang lebih besar kepada pasukan pada
setiap perlawanan," katanya.
Katanya dalam tempoh pra-musim
ini juga peminat akan mula melakukan pelbagai penilaian terhadap pemain,
terutama mereka hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan persahabatan.
"Peminat boleh menilai
prestasi pemain berdasarkan pemerhatian mereka, namun kami akan menilai
peningkatan pemain dari semasa ke semasa membabitkan kecergasan, keserasian,
kelemahan serta kelebihan pasukan.
"Kami tidak boleh memuaskan
hati semua orang, namun persediaan kami juga bergantung kepada kemampuan
pasukan sama seperti mendapatkan pemain import, latihan dan perlawanan
persahabatan," katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Selasa, 31 Disember 2019 @ 5:42 PM
Tiada ulasan :
Catat Ulasan