Simpan Artikel
MyMetroArena
Hasbullah Ibrahim
sukanteam@nstp.com.my
MIFA bukan lawan mudah buat
Kelantan, walaupun pasukan itu bukan bertaraf elit.
Pemain tengah Kelantan, Nik Akif
Syahiran Nik Mat, berkata The Red Warriors (TRW) tidak mempunyai pilihan lain
selain menewaskan mereka Jumaat ini, jika mereka ingin layak ke suku akhir
Piala Malaysia.
Pemain yang baru pulang daripada
mewakili skuad bawah 23 (B-23) tahun negara di Sukan Asia itu melihat
pasukannya berpeluang cerah mencipta kejutan bagi mengisi salah satu slot ke
suku akhir.
Nik Akif optimis kombinasi pemain
muda dan senior mampu mencabar kemampuan lawan yang mempunyai rekod cemerlang
tanpa sebarang kekalahan.
"Ketiadaan penyerang import
berbisa mereka Kpah Sherman yang berdepan penggantungan selepas dilayangkan kad
merah ketika berdepan Kedah, kelmarin membuka ruang kepada kami untuk menang.
"Kalau dilihat beberapa
perlawanan sebelum ini, MIFA berada dalam prestasi baik dan menghuni tempat
teratas yang sukar dicabar pasukan lain.
"Pertemuan dengan MIFA kali
ini memang penting dan pastinya perlawanan itu sengit dalam menebus kembali
kekalahan di tempat lawan.
"Jadi pada perlawanan ini, saya
dan pasukan akan buat sebaik mungkin tambahan pula akan diperkuatkan dengan
Cristiano Santos (penyerang import dari Brazil) yang sudah bebas beraksi,"
katanya hari ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 30 Ogos 2018 @ 3:48 PM
Tiada ulasan :
Catat Ulasan