Isnin, 7 September 2020

Bayar gaji berdasarkan prestasi

Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI

6 September 2020, 9:20 pm

Pemilik baharu Kelantan, Norizam Tukiman melaungkan amaran selepas kecewa menyaksikan aksi longlai barisan pemain The Red Warriors (TRW) selepas seri tanpa jaringan dengan Selangor 2 pada aksi Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelmarin.

Beliau yang hadir menyaksikan perlawanan itu tidak menolak kemungkinan akan membayar gaji setiap pemain TRW berdasarkan prestasi semasa sekali gus mampu menghadirkan gerun dalam kem pasukan itu.

Saya tidak janji apa-apa sebelum perlawanan. Saya boleh ibaratkan jika tampil aksi lebih bagus, mereka layak dapat Ferrari atau Porsche. Sekiranya pemain tidak jaringkan gol, mungkin saya kurangkan gaji.

Sebenarnya ia sesuatu yang logik kerana pemain dibayar gaji berpuluh ribu, sudah tentu saya harapkan persembahan yang bagus. Secara jujur, saya lihat pemain import seperti tidak layak dibayar gaji mahal.

Saya akan berbincang dengan orang yang lebih arif mengenai kontrak. Jika boleh diubah, saya akan ubah. Sebagai contoh, gaji pemain RM50,000, namun mungkin dibayar RM20,000 sahaja jika prestasi tidak memuaskan,” katanya.


Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah mengakui bertanggungjawab atas kegagalan menghadiahkan kemenangan pertama kepada pemilik baharu pasukan itu.


TRW terpaksa berpuas hati dengan satu mata meskipun menentang Selangor 2 yang beraksi dengan 10 pemain selepas mensia-siakan deretan peluang termasuk satu sepakan penalti.


Saya minta maaf dengan apa yang berlaku. Saya harap pemain ambil iktibar menjelang perlawanan akan datang,” jelasnya.SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE


Tiada ulasan :

Catat Ulasan