Jumaat, 4 September 2020

Berita baik buat pasukan Kelantan

 SUKAN

YUSRI (tengah) menyambut baik berita mengenai Zamsaham yang bakal menjadi pemilik baharu pasukan Kelantan apabila memeterai perjanjian dengan KAFA di Kota Bharu pada hari ini. – MEDIA KELANTAN FA

Berita baik buat pasukan Kelantan

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH

2 September 2020, 10:16 pmBERITA gembira buat Kelantan apabila pakar pelaburan dan usahawan terkenal, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham dilaporkan bakal menjadi pemilik baharu pasukan bola sepak yang terkenal dengan jolokan The Red Warriors (TRW) itu.

Difahamkan, satu majlis menandatangani perjanjian antara beliau dan Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd. akan diadakan di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan hari ini.Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah menyifatkan ia sebagai satu tonik tambahan yang terbaik buat skuad bimbingannya bagi menghadapi baki enam perlawanan Liga Premier musim ini.

“Kalau benar berlaku, ia satu kebaikan untuk Kelantan kerana kemasukan ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan perkara-perkara penting terutama masalah kewangan.“Memang susah kerana bola sepak sinonim dengan kewangan. Saya menyambut baik seandainya ia berlaku dan kita perlu beri masa kepada beliau untuk selesaikan beberapa isu dengan pihak persatuan.

“Semangat dan moral pemain sudah pastinya meningkat de­ngan kemasukan pemilik baharu. Kami akan terus berusaha dan cuba sebaik mungkin untuk memberikan kemenangan kepada pemilik baharu nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Difahamkan, keputusan po­sitif itu berkemungkinan tercapai selepas perbincangan dan rundingan antara Zamsaham dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang dikatakan berlangsung hampir empat jam di Kota Bharu semalam.


Kelantan yang kini menduduki tangga kelapan Liga Premier, akan menghadapi perlawanan keenam menentang Selangor 2 di Stadium Majlis Bandaraya Peta­ling Jaya pada Sabtu ini.SUMBER-KOSMO ONLINE



Tiada ulasan :

Catat Ulasan