Rabu, 2 September 2020

Norizam dapat restu ibu beli TRW

 SUKAN»Bola

Selasa, 1 September 2020 | 10:00pm

Norizam akui pada asalnya, ibunya kurang bersetuju dia membeli TRW.

Norizam akui pada asalnya, ibunya kurang bersetuju dia membeli TRW.

Norizam dapat restu ibu beli TRW

Oleh Zulfaizan Mansor

zulfaizan@bh.com.myKUALA LUMPUR: Usahawan dan pakar pelaburan terkenal, Norizam Tukiman sudah mendapat restu ibu mengenai hasratnya untuk membeli pasukan Kelantan.Menerusi ciapan di Facebook miliknya hari ini, Norizam mengakui pada asalnya ibunya kurang bersetuju untuk dia mengambil alih skuad The Red Warriors (TRW).

"Aku sudah minta restu doa mak aku, asalnya dia tak mahu aku pening-pening pasal TRW. Tapi aku sudah jelaskan misi (dan) visi perubahan."Alhamdulillah dia restu juga. Minta dia doakan takdir yang baik untuk aku dan TRW," katanya.

Sebelum ini, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menjadi antara individu yang paling serius mahu membeli TRW dengan beberapa siri perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).KAFA dijangka mengumumkan keputusan sama ada Zamsaham akan menjadi pemilik TRW atau tidak dalam masa terdekat.

Malah, menerusi ciapan sama, Zamsaham turut membayangkan beliau akan mengadakan perbincangan bersama KAFA di Kota Bharu.


"Hari ini (semalam) aku nak ke Kelantan, ada meeting (mesyuarat) bola. Jangan tanya jadi ke tak, macam biasa aku akan usahakan yang terbaik demi perubahan bola sepak Kelantan," katanya.SUMBER-BH ONLINE

Tiada ulasan :

Catat Ulasan