HAZELEN LIANA KAMARUDIN | |
18 September 2020
Norizam (kiri) bersama Yusri menjadi tulang
belakang TRW ketika ini. - Foto FB TRW KELANTAN FC
MESKIPUN baru
tiga minggu menggalas tanggungjawab sebagai pemilik Kelantan, Norizam
Tukiman mengotakan janji 'mencuci' hutang lapuk The Red Warriors
(TRW) apabila mengeluarkan belanja berjumlah RM3.6 juta untuk urusan
tersebut.
Norizam atau Zamburger berkata, bayaran itu melibatkan
hutang kepada 15 bekas pemain dan pegawai yang pernah 'bermandi
peluh' bersama TRW bermula musim 2017, 2018 dan 2019.
"Kesemua
tunggakan hutang itu berjumlah RM2.4 juta yang dibayar secara penuh
kepada semua bekas pemain dan pegawai yang terlibat termasuk
pengendali Kelantan musim ini (Yusri Che Lah).
"Bagaimanapun,
hutang melibatkan beberapa lagi pemain dan pegawai akan diselesaikan
secara berjadual. Untuk makluman, perkara tersebut sudah dimaklumkan
kepada pihak terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari
ini.
Antara bekas pemain yang terlibat ialah Khairul Fahmi Che
Mat, Brendan Gan, Flavio Beck Junior, Bruno Lopez, Alaeddine
Bouslimi, Alessandro Celin, Seydi L. Imam, Mohd Farish Shah Rosli,
Mohd Badhri Radzi, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Nor Farhan
Mohamad.
Barisan pegawai pula melibatkan Sathit Bensoh (bekas
jurulatih TRW), Mohd Hisham Jainuddin (bekas jurulatih penjaga gol
TRW) dan Mohd Hashim Mustapa (bekas jurulatih skuad Piala Presiden
Kelantan) selain Yusri.
Pada masa sama, Zamburger turut
melunaskan bayaran tunggakan gaji lima hingga enam bulan membabitkan
barisan pemain yang menggalas cabaran bersama TRW musim ini.
Beliau
memberitahu, kesemua jumlah berjumlah RM3.6 juta itu turut merangkumi
bayaran perbelanjaan pasukan untuk mengharungi baki saingan Liga
Malaysia (Liga M).
"Saya beli TRW (pada harga RM6.8 juta)
dengan tujuan menyelamatkan pasukan dan berusaha menyelesaikan semua
masalah yang ada sebelum ini. Selepas ini saya mahu barisan pemain
memberikan tumpuan kepada prestasi permainan," ujarnya.
Sambil
mengambil serius isu tunggakan gaji membabitkan skuad Piala Presiden
dan Piala Belia, Norizam berkata, keutamaannya ketika ini adalah TRW
bagi tujuan mendapatkan lesen kebangsaan.
"Sungguhpun
begitu, saya tetap akan ambil berat dan akan pertimbangkan juga untuk
bayar gaji pemain Presiden dan Belia. Saya akan rujuk perkara ini
dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA),"
jelasnya.
SUMBER-Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/101673/BERITA/Sukan/Pemilik-baharu-TRW-lunas-hutang-lapuk-KAFA©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Label
- KELANTAN 1998
- KELANTAN 1999
- KELANTAN 2000
- KELANTAN 2001
- KELANTAN 2006
- KELANTAN 2007
- KELANTAN 2008
- KELANTAN 2009
- KELANTAN 2011
- KELANTAN 2012
- KELANTAN 2019
- KELANTAN 2020
- LIGA SUPER 2014
- LIGA SUPER 2015
- LIGA SUPER 2016
- LIGA SUPER 2017
- LIGA SUPER 2018
- PENJARING GOL
- PIALA FA 2014
- PIALA MALAYSIA 2013
- SYAHRUL AZWARI2004
Jumaat, 18 September 2020
Pemilik baharu TRW lunas hutang lapuk KAFA
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan