Sabtu, 5 September 2020

Kelantan tumpul, gagal hukum Selangor 2

 SUKAN TERKINI

KELANTAN terpaksa berpuas hati apabila diikat Selangor 2 tanpa jaringan pada aksi sebentar tadi.

Kelantan tumpul, gagal hukum Selangor 2

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

5 September 2020, 11:02 pm

PETALING JAYA – Aura kehadiran pemilik baharu pasukan Kelantan, Norizam Tukiman gagal diterjemahkan diatas padang selepas pasukan The Red Warriors sekadar mencatat seri 0-0 dengan Selangor 2 dalam aksi Liga Premier di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi.Pada perlawanan tersebut, skuad The Red Warriors mendapat kelebihan awal selepas pengadil perlawanan menghadiahkan penalti setelah pemain import, Felix Chidi Olidi dijatuhkan pada minit ke-8.

Namun, sepakan penalti tersebut gagal disempurnakan oleh Lazarus Kaimbi selepas mudah ditepi penjaga gol Selangor 2, Muhd. Firdaus Irman Fadhil.Pasukan kendalian Yusry Che Lah itu berusaha untuk meneruskan momentum tetapi tenaga skuad Gergasi Merah ‘muda’ ini berjaya menahan asakan daripada dibolosi pada babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, Kelantan sekali lagi mendapat kelebihan apabila pertahanan Selangor, Muhd. Syazwan Salihin dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-53.

Hukuman tersebut menyaksikan Kelantan menggandakan serangan tetapi beberapa percubaan tepat yang dilakukan oleh Kaimbi dan Olidi gagal menembusi gawang yang dikawal rapi oleh Firdaus.

Meskipun Selangor 2 beraksi dengan 10 pemain, keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga tamat perlawanan.

Sebagai rekod, Norizam yang terkenal dengan gelaran Zamsaham telah menggemparkan bola sepak tempatan selepas membeli saham penuh daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bernilai RM3 juta selain melangsaikan hutang lapuk sebanyak RM3.8 juta. SUMBER– K! ONLINE

Tiada ulasan :

Catat Ulasan