ARKIB :
13/01/1998
Hashim ingin
sertai semula Kelantan
PENYERANG Kedah
yang berasal dari Kelantan, Hashim Mustapha berhasrat untuk kembali menyarung
jersi skuad negeri kelahirannya bagi musim bola sepak Liga Malaysia akan
datang.
Ketika ditemui
di Kota Bharu, semalam, Hashim berkata, hasratnya itu telah disampaikannya
kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA), Datuk Wan Hashim
Wan Daud dalam pertemuan mereka dua minggu lepas.
''Wan Hashim
bersedia menerima saya kembali,'' katanya.
Ketika ditanya
kenapa dia ingin kembali ke Kelantan, pemain itu berkata sehingga kini dia
tidak tahu kedudukannya dalam skuad Kedah dan belum ditawarkan kontrak baru.
''Lagipun saya
dah lama di Kedah, biarlah saya kembali berbakti di negeri kelahiran saya,''
katanya.
Hashim bermain
untuk pasukan Kedah sejak 1996 dan tidak begitu menonjol permainannya
berbanding ketika mewakili Kelantan sebelum itu.
Ketika bersama
pasukan Kedah beliau sering kali diturunkan sebagai pemain gantian. Dia juga
tidak banyak menjaringkan gol ketika bersama Kedah.
Dia pernah
dianugerahkan Kasut Emas pada 1994 dan 1995 kerana menjadi penjaring terbanyak
ketika beraksi dalam skuad Kelantan. _ Bernama
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_07.htm#ixzz4FJ5jRGmK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan