Selasa, 14 Februari 2017

Piya puas hati bantu TRW walaupun cedera

Oleh Hasbullah Ibrahim bhsukan@bh.com.my
KAPTEN TRW, Mohd Badhri Radzi atau Piya. - Foto fail NSTP/Syamsi Suhaimi KOTA BHARU: Walaupun mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang FELDA United, Kapten The Red Warriors (TRW), Mohd Badhri Radzi atau Piya menegaskan dia tidak pernah berputus asa mengerah kudrat membantu rakan sepasukan memburu kemenangan.

      Piya mengalami kecederaan selepas bertembung dengan pemain lawan yang mengakibatkan luka serta pendarahan di kepala dan terpaksa dikeluarkan pada minit akhir permainan separuh masa pertama.

      "Insiden kecederaan perkara biasa, tetapi ia tidak pernah mematahkan semangat untuk terus membantu pasukan mencipta kemenangan. "Soal sama ada saya akan disenaraikan atau tidak (selepas ini), itu bergantung kepada jurulatih sama ada ingin merehatkan atau masih memerlukan khidmat saya," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

      Sementara itu, Ketua Jurulatih TRW, Zahasmi Ismail berkata, kecederaan yang dialami Piya tidak serius dan pemain ini mungkin akan diturunkan dalam aksi pusingan kedua Piala FA menentang PKNP (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) di Stadium Ipoh, Selasa ini.

"Khidmat Piya sangat diperlukan untuk menggerakkan jentera tengah bersama gandingan import, Margaro Gomis. Mereka main serasi dan bertenaga. "Saya berharap Piya dapat sembuh sepenuhnya sebelum aksi Piala FA memandangkan TRW memerlukan kemenangan untuk layak ke pusingan seterusnya," katanya


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/247438

Tiada ulasan :

Catat Ulasan