Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR
PEMAIN PKNP FC, Mohamad Ezanie
Mat Salleh (kiri) menghalang kemaraan penyerang Kelantan, Mohamad Ghaddar pada
perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.
SKUAD Perbadanan Kemajuan
Negeri Perak (PKNP) dipaksa bekerja keras sehingga ke penentuan sepakan penalti
sebelum melakukan kejutan mengalahkan pasukan gergasi, Kelantan untuk layak ke
pusingan ketiga kempen Piala FA 2017 di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.
Ketua jurulatihnya, Abu Bakar
Fadzim menjelaskan, apa yang lebih membanggakan dia ialah PKNP hanya bermain
dengan dua pemain import pada baki 50 minit perlawanan.
“Sudah tentu pengalaman yang
amat besar dan bermakna bagi semua pemain PKNP untuk menentang pasukan
berpengalaman seperti Kelantan.
“Semangat juang yang tinggi
ditunjukkan pemain saya menyebabkan mereka tidak mudah menyerah kalah,” kata
Abu Bakar pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan tersebut.
Pada perlawanan itu, penjaga
gol PKNP, Ahmad
Asyraaf Omar muncul wira
pasukan apabila menyelamatkan sepakan penalti tiga pemain Kelantan, Margono
Gomis, Mohammad Ghaddar dan Daudsu Jamaluudin sebelum PKNP menang 4-3, sekali
gus menghampakan penyokong skuad The Red Warriors.
Terdahulu, PKNP ketinggalan
dua jaringan apabila G. Mugenthirran dan Mohd. Fazli Zulkifli gagal
menyempurnakan sepakan penalti mereka.
Perlawanan tersebut terpaksa
ditentukan melalui sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1
selepas tamat permainan masa tambahan.
Atas kertas, skuad kendalian
Zahasmi Ismail dilihat bakal melangkah ke peringkat seterusnya pada kempen
Piala FA, namun sebaliknya berlaku kerana mereka telah diberi tentangan sengit
oleh PKNP.
Pada perlawanan tersebut, PKNP
mengejutkan juara dua kali Piala FA itu seawal minit ke-10 menerusi rembatan
kencang Mugenthirran, sekali gus melepasi jangkauan penjaga gol Kelantan,
Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan bagaimanapun bangkit
menyamakan kedudukan melalui tandukan tepat Mohd. Nor Farhan pada minit ke-63.
PKNP kini mengesahkan tempat ke
pusingan ketiga Piala FA dan pasukan itu sudah bersedia menentang siapa sahaja
yang bakal menjadi lawan selepas ini.
Undian pusingan ketiga bakal
diadakan pada 19 Februari ini.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4YrMmbtfs
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan :
Catat Ulasan