PERANCANG Kelantan, Badhri
Radzi (dua dari kanan) diasak dua pemain pertahanan Melaka dalam perlawanan
tertunda Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, Kelantan
sebentar tadi.- BERNAMA
21 Februari 2017 11:37 PM
KOTA BHARU 21 Feb. - Niat Kelantan
untuk mengubati kekecewaan pada Sabtu lalu tidak terdaya selepas tewas 0-2
kepada Melaka United dalam perlawanan tertunda Liga Super di Stadium Sultan
Muhammad IV, di sini malam tadi.
Terdahulu, skuad The Red
Warriors dikejutkan dengan jaringan pasukan pelawat pada minit ke-59 menerusi
ketua pasukan Ilija Spasojevic yang bijak menampan hantaran silang rakan
sepasukan sekali gus melepasi jangkauan Khairul Fahmi Che Mat.
Pada penguhujung perlawanan,
pemain gantian Fauzi Roslan menamatkan sisa-sisa perjuangan Kelantan apabila
meledak gol pelengkap kemenangan Melaka.
Kelantan masih mempunyai baki
satu perlawanan, dengan dijadualkan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di
Stadium Sultan Muhammad IV pada 12 April ini.- UTUSAN ONLINE 22.2.2017
Tiada ulasan :
Catat Ulasan