PENYERANG Kelantan, Mohamad
Ghaddar (belakang) bersaing dengan pemain Selangor, Muhd. Syahmi Safari dalam
perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu malam tadi.
- BERNAMA
26 Februari 2017 3:40 PM
KOTA BHARU 26 Feb. - Pemainan
tidak bermaya dan sering melakukan kesilapan mudah menjadi punca Kelantan tewas
kepada Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di
sini malam tadi.
Penolong Jurulatih Kelantan,
Sathit Bensoh berkata, pemain banyak melakukan kesilapan sejak sepak mula
permainan lagi sehingga membuka peluang kepada Selangor menjaringkan gol awal.
“Saya minta maaf, tidak tahu
bagaimana untuk jelas mengenai perlawanan ini. Tetapi kita kena akui masih
banyak kelemahan yang harus diperbaiki.
“Selepas Selangor menjaringkan
gol pertama, ia menyebabkan pemain kita hilang keyakinan diri dan tertekan.
Pemain gagal memberikan tumpuan sehingga pelawat sekali menjaringkan gol pada
separuh masa kedua,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi.
Pada perlawanan tersebut,
Selangor berjaya menewaskan Kelantan 2-0, sekali gus menambah derita skuad The
Warrior yang kalah buat kali ketiga berturut-turut di gelanggang sendiri.
Selangor bermula garang apa
mendahului Kelantan seawal minit keempat hasil jaringan Juliano Fernandes yang
menyepak masuk selepas percubaan Victor Stelian Astafei gagal ditampan kemas
penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.
Selepas rehat, Fernandes
menambah sengsara Kelantan apabila menjaringkan gol kedua Selangor pada minit
ke-62 menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti yang sama sekali sukar
ditepis Khairul Fahmi. sumber- UTUSAN ONLINE 27.2.2017
Tiada ulasan :
Catat Ulasan