LIRIDON KRASNIQI meraikan
golnya untuk Kedah ketika menentang Sarawak di Stadium Darul Aman, Alor Setar
pada 4 Julai 2016
YATIMIN ABDULLAH
17 Februari 2017 5:49 PM
KOTA BHARU 17 Feb. - Kelantan
perlu mengunci pergerakan Liridon Krasniqi yang disifatkan mampu memberi
ancaman kepada pasukan itu pada pertemuan Liga Super menentang Kedah di Stadium
Sultan Muhammad IV, di sini malam esok.
Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail berkata,
Liridon merupakan kunci utama yang akan menentukan kejayaan skuad Lang Merah
pada perlawanan tersebut.
"Jadi kita perlu awasi dengan ketat
pergerakan pemain ini jika tidak mahu berputih mata.
"Jesteru, saya harap pemain yang beraksi
dapat memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti," katanya.
Tambahnya, selain Liridon beberapa pemain
tempatan seperti Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Syazwan Zainon, Mohd
Farhan Roslan, dan Ken Ilso Larsen perlu diberikan perhatian.-UTUSAN ONLINE
16.2.2017
Tiada ulasan :
Catat Ulasan