ZAMANI BOLA
TONGGAK pertahanan Kelantan
Norhafiz Zamani Misbah rela dikritik selepas pasukan itu tersingkir daripada
saingan Piala FA malam tadi.-UTUSAN ONLINE/GAMBAR HIASAN
YATIMIN ABDULLAH
15 Februari 2017 10:23 AM
KOTA BHARU 15 Feb. - Tonggak
pertahanan Kelantan Norhafiz Zamani Misbah rela dikritik selepas pasukan itu
tersingkir daripada saingan Piala FA malam tadi.
Beliau bagaimanapun berkata,
mereka telah beraksi dengan baik namun saingan yang diberikan Perdanan Kemajuan
Negeri Perak (PKNP) biarpun pasukan itu hanya beraksi di Liga Perdana.
Katanya, dia sukar untuk
melelapkan mata semalam selepas kalah pada perlawanan tersebut kerana telah
menghancurkan harapan rakyat dan penyokong setia Kelantan.
“Kalau perkataan maaf tidak
dapat melegakan kamu (penyokong) semua, maka kami rela dikritik selantang
mahumu kerana sudah jelas sememangnya kami gagal.
“Namun bukanlah niat kami mahu
begitu tapi hakikatnya kami tewas kepada pasukan yang lebih baik.
“Bukan kami tidak cuba beraksi
baik tetapi PKNP bukanlah calang calang pasukan. Mereka tersangat bagus
walaupun beraksi diliga perdana,” katanya dalam laman sosial facebooknya di
sini hari ini.
Kelantan tersingkir dari
saingan itu apabila tumpas 4-3 kepada PKNP menerusi penentuan penalti selepas
keputusan terikat 1-1. - UTUSAN OLINE 15.2.2017
Tiada ulasan :
Catat Ulasan