WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
18 FEBRUARI 2017
Kelantan masih pencabar, kata
Cheng Hoe Ketiadaan tonggak utama memberi ruang kepada pemain muda seperti
Halim Shaari (dua kanan) diturunkan pada perlawanan kompetitif. -Foto Ahmad
Zaki Osman
PENDAHULU Liga Super 2017,
Kedah percaya lawan mereka malam ini, Kelantan mampu meleburkan rekod tanpa
kalah empat perlawanannya setakat ini sekiranya mereka tidak bersedia
sepenuhnya.
Berkunjung ke Stadium Sultan
Muhammad IV bagi perlawanan kelima liga bukan satu tugas mudah apabila The Red
Warrior juga pastinya akan mendapat sokongan penuh penyokong setia yang
memenuhi gelanggang keramat mereka.
Ketua Jurulatih Kedah, Tan
Cheng Hoe berkata, beliau masih percaya skuad kendalian Zahasmi Ismail itu
antara pencabar terkuat liga musim ini walaupun dilaporkan menghadapi krisis
kewangan.
Dalam pada itu, tersingkirnya
Kelantan dari saingan Piala FA 2017 kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
(PKNP) pada pusingan kedua Piala FA 2017 Selasa lalu juga bukan faktor Hijau
Kuning boleh memandang rendah keupayaan semasa pasukan tersebut.
"Mereka menghadapi dua
perlawanan sebelum ini dan menang semuanya. Walaupun ada yang kata Kelantan
menghadapi krisis kewangan namun pada saya percaya mereka masih lagi antara
pasukan pilihan untuk mencabar Liga Super musim ini," katanya.
Turun dalam misi untuk memburu
tiga mata penuh, bagaimanapun Kedah belum pasti dapat menurunkan beberapa
tonggak utama kerana masih lagi dalam proses pemulihan kecederaan dan
kecergasan.
Namun Cheng Hoe masih boleh
menarik nafas lega apabila barisan simpanan masih mampu mengalas tugas yang
ditinggalkan oleh pemain-pemain utama.
"Pemain-pemain lain masih
lagi dapat bermain dengan baik pada perlawanan menentang Kuala Lumpur walaupun
beberapa pemain utama terpaksa direhatkan," katanya.
Sumber-sinar Harian online 18
FEBRUARI 2017
Tiada ulasan :
Catat Ulasan