Kelantan tagih sentuhan Piya
MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
18 FEBRUARI 2017
Kelantan tagih sentuhan Piya
Zahasmi menagih sentuhan Mohd Badhri (depan) untuk menguatkan enjin tengah
Kelantan bertemu Kedah pada saingan Liga Super di Kota Bharu, malam ini.
KELANTAN kembali menagih
sentuhan jeneral padang, Mohd Badhri Radzi dalam usaha mereka memburu mata
penuh apabila bertemu Kedah pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad
IV, Kota Bharu, malam ini.
Jurulatihnya, Zahasmi Ismail mendedahkan,
khidmat Mohd Badhri atau dikenali Piya tetap berada dalam perancangan sekalipun
kapten The Red Warriors itu kemungkinan terpaksa beraksi dengan kepala berbalut
untuk berdepan peneraju takhta liga itu.
“Memang sebelum lawan PKNP
(Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) FC tempoh hari dia beritahu nak bermain,
namun saya tidak benarkan kerana tidak mahu kecederaan yang dialaminya
bertambah serius.
“Saya akui Kelantan memerlukan
Piya untuk hadapi Kedah kerana dia ada kreativiti tersendiri untuk melorongkan
bola kepada penyerang terutamanya Mohamed Ghaddar bagi merobek pintu gol
lawan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Badhri menerima enam
jahitan di kepala setelah bertembung dengan pemain Felda United FC, pada aksi
liga di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, minggu lalu.
Zahasmi percaya kehadiran
perancang tengah berusia 35 tahun itu mampu mengimbangi rentak permainan
tatkala skuad Lang Merah hampir pasti bersandarkan kepada tonggak import,
Liridon Krasniqi untuk merencana serangan pasukan mereka.
Menurutnya, selain pemain
import Kosovo itu, Baddrol Bakhtiar, Mohd Syazwan Zainon, Muhammad Farhan
Roslan dan Ahmad Fakri Saarani juga dilihat antara watak yang boleh memberi
ancaman berbahaya kepada Kelantan, pada pertemuan itu.
“Saya tidak boleh nafikan
peranan Piya kerana ada atau tidak dia di atas padang, itu banyak mempengaruhi
corak permainan pasukan ini. Begitu juga Kedah, Liridon mungkin menjadi penentu
kepada kejayaan pasukan mereka,” katanya.
Menurutnya, pertemuan malam ini
lebih bersifat ‘perang percaturan’ dua jurulatih tempatan memandangkan corak
permainan kedua-dua pasukan itu lebih kurang sama.
“Mungkin kami kurang di sini
(posisi tertentu), (tapi) mereka lebih di sana (posisi lain), namun hakikatnya
saya rasa, tak jauh bezanya di antara Kelantan dengan Kedah,” katanya.
Dalam perkembangan sama, pengendali berusia 50
tahun itu tidak menolak dia terpaksa menggunakan sistem penggiliran pemain
berikutan pasukannya berdepan susunan jadual padat sepanjang bulan ini.
“Bukan tiga tetapi lima
perlawanan dalam tempoh dua minggu.
“Dalam keadaan pasukan belum
mencapai keserasian sepenuhnya, saya tidak ada pilihan selain perlu menggunakan
kudrat pemain yang ada menghadapi perlawanan selepas ini,” katanya.
Smber sinar Harian online
18.2.2017
Tiada ulasan :
Catat Ulasan