Mohammad Rozaidi Zulkifli
09 Mac 2018 11:04 PM
KUALA LUMPUR 9 Mac.- PKNS FC
kembali menemui rentak kemenangan dalam saingan Liga Super apabila berjaya
menewaskan Kelantan 1-0 dalam aksi kelima Liga Super di Stadium Shah Alam,
sebentar tadi.
Skuad kendalian K.Rajagopal sebelum ini tewas 4-3 kepada Kedah
sekali gus menyaksikan rekod tanpa kalah mereka lebur.
Kedua-dua pasukan telah
mempamerkan aksi berbalas serangan namun pasukan pelawat terlebih dahulu
memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol tetapi percubaan penyerang
dari Lebanon, Mohamad Ghaddar pada minit ketujuh dalam kotak penalti berjaya
dinafikan penjaga gol tuan rumah Mohd. Shahril Saari.
Tersentak dengan
serangan itu, PKNS FC kembali mengatur gerakan serangan dan hampir membolosi
gawang skuad The Red Warriors (TRW) namun percubaan Faris Ramli berjaya
diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat sebelum bola singgah di tiang pada minit
ke-13.
Lima minit sebelum babak pertama berakhir pemain sayap dari Singapura
Faris akhirnya memecah kebuntuan jaringan untuk tuan rumah apabila bijak
menyudahkan hantaran lintang menarik daripada Jonathan Acosta untuk mendahului
Kelantan 1-0.
Bersambung babak kedua, perlawanan lebih rancak disajikan
kedua-dua pasukan di hadapan majoriti penyokong Kelantan yang membanjiri
stadium, di mana mereka sering kali menyerang antara satu sama lain namun
jaringan gagal dihasilkan dek kerana ketangkasan kedua-dua penjaga gol mereka
yang beraksi dengan cemerlang.
Peluang terbaik The Red Ants untuk menggandakan
jaringan hadir pada minit ke-54 menerusi tendangan akrobatik penyerang dari
Brazil Rafael Ramazotti namun berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.
Sementara itu, dalam saingan Liga
Perdana menyaksikan pendahulu liga, Felda United berjaya mengekalkan rekod
kemenangan apabila menewaskan Kuantan FA 1-0 di Stadium Tun Abdul Razak,
Jengka. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Thiago Junio pada minit ke-22.
Pulau Pinang pula menewaskan
Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 2-0 di Stadium Negeri. Pemain sayap, Norfais
Johari membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 sebelum Ken Ilso mengukuhkan
kedudukan pada minit ke-66.
Sarawak menewaskan PDRM 2-1 di
Stadium Negeri, Kuching. Skuad Bujang senang terlebih dahulu berada di depan
pada minit ke-25 menerusi jaringan Abdul Rahim Abdul Razak sebelum Argzim
Redzovic menyamakan kedudukan 10 minit kemudian. Bobby Gonzales memastikan tiga
mata menjadi milik Sarawak apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-75. - SUMBERUTUSAN
ONLINEArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pkns-fc-ketepikan-cabaran-kelantan-1.624223#ixzz59IoLh0tA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan