ARKIB : 07/04/1999
GELAGAT jurulatih Kelantan,
Mosthakeen Omar yang kerap menunjukkan kerut wajahnya di pinggir padang
kelmarin cukup membayangkan kegelisahannya dengan permainan anak-anak buahnya.
Mosthakeen akui, jika anak-anak
buahnya dimalukan oleh TNB Kelantan, maruah mereka tentunya tercalar sekali gus
menyemarakkan lagi cemuhan penonton yang kecewa setiap kali beraksi di tempat
sendiri.
Mujur Kelantan memenangi
perlawanan itu dengan 2-0 yang memberi tiga mata penuh sekali gus memperbaiki
kedudukan mereka dalam Perdana Dua.
Begitupun, Kelantan lebih
banyak bertahan sepanjang babak pertama ketika menentang TNB yang kekal di
tangga tercorot.
Persembahan hambar dengan
gerakan yang sumbang dan tidak terarah itu perlu segera diatasi.
''Perasaan tertekan masih belum
dapat dikikis sepenuhnya oleh pemain setiap kali bermain di tempat sendiri.
Pertemuan menentang Melaka di
Stadium Kubu, Jumaat ini memberi ruang terbaik kepada Kelantan untuk
membuktikan kehebatan mereka musim ini.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4RSAQWxYT
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan