ARKIB : 27/05/2011
Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
KOTA BHARU Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M.
Karathu sukar menerima kegagalan Kelantan mempertahankan rekod tanpa kalah di
padang sendiri apabila kalah 1-2 kepada T-Team dalam Liga Super di Stadium
Sultan Muhammed IV kelmarin.
Menurutnya, keputusan itu tidak sepatutnya berlaku
kerana skuadnya meraih banyak peluang gol namun gagal dimanfaatkan barisan
penyerang.
Walaupun kita menguasai perlawanan, ia bukanlah
malam kita kerana gagal menyudahkan deretan peluang gol terutama pada babak
pertama.
Separuh masa kedua pula, kita terus mengasak dan
memiliki banyak peluang, namun sekali lagi gagal untuk menembusi bentang
pertahanan lawan.
T-Team kerap bermain secara bertahan dan ia
menyukarkan kita untuk menjaringkan gol, katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.
Tambah Karathu, beliau terpaksa mengeluarkan pemain
pertahanan kiri, Zairul Fitree Ishak dan memasukkan Mohd. Izuan Solahuddin
untuk menambah sengat di bahagian serangan.
Hasilnya kita berjaya menjaringkan gol penyamaan
menerusi Nurul Azuan Roya dan gol tersebut ternyata membangkitkan semangat dan
moral pemain.
Namun, akibat terlampau ghairah untuk menang,
kesilapan yang dilakukan Mohd. Rizal Fahmi (Ab. Rosid) pada minit akhir masa
kecederaan, kami dihukum dengan jaringan mudah Indra Putra (Mahayuddin),
ujarnya
Walaupun terpaksa melepaskan teraju liga kepada
Terengganu akibat kekalahan tersebut, Karathu berkata, Red Warriors yakin untuk
memburu kejuaraan musim ini.
Kita masih ada baki empat perlawanan. Saya belum
mengangkat bendera putih dan kita akan bermain mati-matian selepas ini.
Tidak profesional bagi saya untuk mengharapkan
pasukan lain seperti Terengganu atau Selangor kalah dalam baki empat perlawanan
itu. Cuma kita perlu lebih fokus dengan menunjukkan aksi terbaik selepas ini,
katanya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz5eLGvJzL1
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan