ARKIB : 06/07/2011
06/07/2011 11:33pm
KUALA LUMPUR 6 Julai - Penyerang berbisa Kelantan,
Norshahrul Idlan Talaha muncul wira Red Worriors selepas membantu pasukannya
menjulang trofi Liga Super 2011 buat kali pertama, sebentar tadi.
Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu dinobat
sebagai juara musim ini selepas menundukkan Sabah dengan keputusan 2-1 di
Stadium Likas.
Lebih manis kejuaraan semalam juga membolehkan
skuad Red Warriors menamatkan kemarau tujuh tahun tanpa gelaran Liga Super
sejak diperkenalkan pada tahun 2004.
Keputusan lain, Negeri Sembilan menewaskan Perlis
2-0, Pahang kecundang kepada Kedah 0-1, Harimau Muda A sekadar seri 2-2
menentang Johor FC, Selangor seri tanpa jaringan menentang Perak dan Terengganu
menang 6-2 menewaskan Felda United. - Utusan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_46.htm#ixzz5eXU4BzCW
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan