ARKIB : 19/05/2011
KOTA BHARU - Penyerang muda Kelantan, Muhammad
Ramzul Zahini Adenan mahu menebus kegagalan memanfaatkan beberapa peluang gol
ketika menentang Selangor pada separuh akhir kedua Piala FA di sini, kelmarin.
Ramzul terkilan kerana gagal mengulangi persembahan
terbaiknya ketika membantu Kelantan membenam Selangor 5-1 dalam aksi separuh
akhir pertama Piala FA Jumaat lalu.
Saya memohon maaf kepada penyokong Kelantan kerana
gagal memanfaatkan beberapa peluang gol pada perlawanan tersebut.
Jika peminat berasa kecewa, saya lebih kecewa
kerana mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, kegagalan saya itu memberi
kesan kepada pasukan secara keseluruhan.
Saya masih baru dan banyak lagi yang perlu
dipelajari, saya kena terus fokus dan memperbaiki segala kelemahan, ujarnya.
Menurutnya, untuk perlawanan dengan Felda United
hari ini, dia telah bersedia sepenuhnya jika diturunkan.
Saya akan memberikan persembahan terbaik dalam
perlawanan itu dan cuba hasilkan gol ataupun membuka ruang kepada rakan-rakan
sepasukan, katanya.
Kata Ramzul, perlawanan hari ini merupakan peluang
terbaik untuk dia mendapatkan semula kepercayaan selepas mempamerkan aksi
kurang menyakinkan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz5eKvXFDGo
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan