Pemain T-Team, Shamsul Kamal Mohamad (depan) diasak
pemain Selangor, Yosri Derma Raju dalam aksi Liga Super di Kuala Terengganu,
semalam. T-Team menang 2-1.
KUALA LUMPUR - Kelantan memintas Selangor untuk
menerajui Liga Super setelah melakar kemenangan 3-1 ke atas Felda United di
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di sini, semalam.
Juara bertahan Piala Malaysia itu tidak berhadapan
masalah untuk mengetepikan saingan Felda apabila memperoleh jaringan pembukaan
menerusi Daudsu Jamaludin pada minit ke-48.
Gol kedua Red Warriors menyusul pada minit ke-56
yang dihasilkan melalui jaringan sendiri oleh pemain tuan rumah, Rashid Mahmud
dan gol ketiga diledakkan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan
Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-89.
Gol tunggal Felda United diledakkan oleh Hasmarul
Fadzir pada minit ke-84.
Kemenangan semalam meletakkan Kelantan mendahului
Selangor dengan kelebihan satu mata.
Pada saingan di Kuala Terengganu, Selangor bagaikan
kuda yang kelelahan apabila mengulangi aksi tempang tewas mengejut 1-2 kepada
T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Kekalahan tersebut menyebabkan Selangor jatuh di
tangga kedua liga dan ia hadir hanya tiga hari selepas pasukan gergasi merah
itu tersingkir di peringkat separuh akhir Piala FA.
Pada aksi semalam, T-Team yang turun selaku tuan
rumah memperoleh jaringan menerusi tandukan Nor Mohd. Nurfarhan Muhammad pada
minit ke-38 dan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-82.
Jaringan tunggal pasukan pelawat hadir menerusi
sepakan penalti yang disempurnakan oleh Safiq Rahim pada minit ke-79.
Kemenangan tersebut membolehkan T-Team mengumpul 25
mata.
Sementara itu, di Paroi, pasukan Negeri Sembilan
menewaskan Johor FC 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman.
Gol kemenangan Skuad Rusa dihasilkan oleh Shahurin
Abu Samah pada minit ke-7 dan Mohd. Shukor Adan minit ke-38, manakala jaringan
pasukan pelawat diledakkan oleh Mohd. Riduan Ma'on pada minit ke-51.
Di Lumut, skuad Perak sekadar berpuas hati apabila
melakar keputusan seri 1-1 dengan Sabah di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM).
Perak terlebih dahulu mencipta jaringan pada minit
ke-52 apabila dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh ketua
pasukan, Shahrulnizam Mustafa, sementara gol penyamaan pasukan pelawat
diperoleh melalui Md Rozaimi Abd Rahman pada minit ke-90.
Dalam pada itu, aksi di Stadium Shah Alam,
Terengganu menewaskan Harimau Muda A 2-1, manakala Pahang tumpas kepada Kuala
Lumpur 0-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz5eKwVDP1Q
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan