Jumaat, 17 Mac 2017

JKR Kelantan seri



ARKIB : 04/04/2001
JKR Kelantan kempunan memungut tiga mata penuh apabila sekadar seri 1-1 dengan Kedah dalam perlawanan Liga Perdana Dua di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

Pasukan pelawat mendapat peluang keemasan untuk memungut mata penuh apabila memperoleh penalti pada minit ke-68 namun bola tendangan Cik Hisamuddin Hassan tersasar keluar.

JKR Kelantan memperoleh gol pertama melalui tendangan penalti pada minit ke-45 yang dijaringkan oleh Zool Ihsan Yunus.

Kedah menyamakan kedudukan pada minit ke-47 melalui jaringan Mohd. Fakhzan Salleh dari luar kotak penalti yang tepat ke dalam gawang gol JKR Kelantan.

Keadaan padang yang basah akibat hujan lebat mengganggu sedikit kelancaran permainan malah rentak permainan kedua-dua pasukan kadangkala menjadi kasar.

Perlawanan malam tadi merupakan permainan yang tertunda kelmarin selepas hujan lebat ketika JKR Kelantan mendahului 1-0.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz4bZsdxnee
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan :

Catat Ulasan