Jumaat, 17 Mac 2017

Perdana Dua: TNB Kelantan menang 4-3

ARKIB : 21/05/2001
TNB KELANTAN melonjak ke tangga keempat dalam kedudukan bola sepak Liga Perdana Dua selepas mengatasi Tentera 4-3 pada perlawanan di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu, semalam.

Pasukan Pantai Timur itu kini memungut 14 mata, dua mata di belakang rakan senegeri, JKR Kelantan selepas 10 perlawanan.

Gol-gol TNB Kelantan dijaringkan oleh Ahmad Tahrin Yusof pada minit kelapan dan 42, Shahmudin Mohamad (25) dan Morhin Abdullah (68, penalti).

Manakala gol Tentera dijaringkan S. Ragu minit 23 dan 52 (penalti) dan Mohd. Zahid Hashim (31).
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0521&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4bbMGN2Si

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan :

Catat Ulasan