Zaquan Adha (kiri) cuba
melarikan bola dari pemain Kelantan. FOTO BERNAMA
Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@hmetro.com.my
Ipoh: Penyerang import
Kelantan, Mohammad Ghaddar menjadi wira pasukan apabila menjaringkan hatrik
menewaskan tuan rumah Perak 2-4 di Stadium Perak di sini, malam ini.
Keputusan itu menyaksikan skuad
The Bos Gaurus masih gagal memperoleh kemenangan selepas Mehmet Durakovic
mengambil alih pasukan dari Ketua Jurulatih Karl Heinz Weigang.
Tuan rumah mempamerkan
permainan menarik pada babak pertama perlawanan apabila mengasak pintu gol tuan
rumah pada minit pertama perlawanan namun sepakan deras Mohd Zaquan Adha Abdul
Razak tersasar ke sebelah kanan pintu gol.
Perak terus memberikan tekanan
pada pasukan pelawat dengan percubaan menarik pada minit ke-6 perlawanan namun
pemain import, Yashmir Armando Pinto Islame gagal menyudahkan peluang terhidang
selepas menerima hantaran Mohd Nazrin Mohd Nawi.
Akhirnya, pada minit ke-17,
penyerang import Perak, Vladislav Mitkov Mirchev menggamatkan stadium selepas
berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan cantik selepas menerima hantaran
silang dari Mohd Zaquan menjadikan kedudukan 1-0.
Bagaimanapun, kegembiraan
penyokong Perak tidak bertahan lama apabila penyerang import Kelantan, Mohamad
Ghaddar merembat deras bola selepas hanya berhadapan dengan penjaga gol tuan
rumah pada minit ke-37 menjadikan kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat separuh
masa pertama.
Bermula babak kedua, pasukan
pelawat mula memperkemaskan jentera serangan dan hasilnya Mohammad Ghaddar
berjaya menjaringkan gol kedua m-82.
Pada minit ke-86, Mohamad
Ghaddar sekali lagi berjaya menjaringkan gol sekaligus mencipta hatrik menerusi
sepakan penalti selepas Mohd Danial Ashraf Abdullah dijatuhkan pertahanan lawan
di dalam kotak penalti menjadikan kedudukan 3-1.
Tuan rumah kemudiannya berjaya
merapatkan kedudukan menerusi rembatan cantik Vladislav Mitkov Mirchev pada
minit ke-90.
Pemain paling senior dalam
padang, Indra Putra Mahayuddin melengkapkan episod gembira Kelantan dengan
jaringan pada masa kecederaan menerusi rembatan deras selepas berjaya melepasi
pertahanan lawan.
Kedudukan 2-4 kekal sehingga
wisel penamat ditiupkan pengadil.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Rabu, 1 Mac 2017 @ 11:34 PM
Tiada ulasan :
Catat Ulasan